LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH

LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bolong Tuaran terletak di daerah Tuaran iaitu 5 kilometer dari pekan Tuaran dan 44 kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Sekolah kebangsaan Bolong Tuaran di bina dalam tahun 1960 dan kemudian dirasmikan oleh Tuan Douglas merangkap pegawai daerah Tuaran pada 06 Ogos 1962.

Tokoh yang berusaha mendapatkan sekolah ini ialah Ketua Kampung Bolong Tuaran iaitu Tuan Haji Badar bin Sapau. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Yussuf Bin Samit seorang pendidik berbangsa bajau yang berasal dari Kota Belud. Sekolah Kebangsaan Bolong Tuaran mempunyai keluasan tanah seluas 2.78 ekar, bernombor 75040222. Ramai bekas pelajar sekolah ini telah melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti, serta memegang jawatan sebagai pegawai kerajaan di jabatan kerajaan negeri dan pusat.

Monday, 18 April 2011

Peranan Pendidik Abad ke-21

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusiaberkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteritelah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
• kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
• kekuatan minda (krestif dan proaktif)
• nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
• semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
• ketrampilan
 
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
• dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
• boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
• memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
 
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru
bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus
memperkukuh asas kewujudan kita." (1997).
 
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas 

a. Membina budaya ilmu:

Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:
• Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
• Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
• Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes – Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
• Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
• Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. 

Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
 
b. Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa
perkara mesti diberi perhatian:
- Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
- Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi
- Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
- Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh ditauladani 

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

ETIKA PERGURUAN

Maksud Etika

  1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
  2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
  3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
  4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.


Skop Etika Profesional

  1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
  2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika Perguruan
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.


Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

  1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
  3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
  5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
  6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Piagam Pelanggan Perguruan Malaysia



  1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
  2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
  3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
  4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
  5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
  6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
  7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
  8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
  9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
  10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
  11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
  12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
  13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
  14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
  15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.
  16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
  17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
  18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.
  19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
  20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
  21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
  22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.